18 Ogos 2014 - 00:33
Militan Kurdistan bebas empangan Mosul

Empangan Mosul bebas dari cengkaman ISIS

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Beberapa jam yang lalu militan Kurdistan Iraq berjaya membebaskan empangan Mosul dari cengkaman pengganas ISIS (Negara Islam Iraq dan Syria).

Kepala militan Kurdistan turut mengeluarkan kenyataaan rasmi mengenai penguasaan pihak mereka di kawasan terbabit.

Empangan besar di Iraq itu dilaporkan jatuh ke tangan pengganas ISIS pada 3 Ogos lalu. Beberapa sumber Iraq berkata ISIS menguasai empangan itu tanpa sebarang pertempuran setelah militan Kurdistan berundur dari mengawal kawasan terbabit.

Empangan Mosul terletak di antara aliran sungai Dijlah dan diasaskan pada tahun 1986. Keluasannya pula mencapai 3.2 kilometer dan mempunyai ketinggian 131 meter sehingga dianggap sebagai empangan ke empat terbesar di Timur Tengah.

Empangan ini membekalkan air dan elektrik secara meluas ke seluruh negara Iraq.